pembuka kata

pembuka kata

Monday, October 31, 2011

Disebalik tabir....Pekan Sabtu OYA..

Pekan sabtu oya memang sangat gah namanya di tanah Oya. Lokasinya yang bertempat di tepi sungai yang pada mulanya hanyalah tapak untk menanti feri ulang alik dari seberang. Apa yang ada di sana??Tentu orang tertanya-tanya.Pekan ini merupakan sebuah tempat berjual beli bagi warga penduduk di sana. Pekan kecil ini merupakan medan bagi setiap warga di sekitar oya untuk mencari rezeki dan menjana pendapatan. Bermula dari warga tua sehingga ke anak-anak kecil akan turut serta memeriahak pekan ini pada setiap hari sabtu.Namun, pengunjung yang bertandang ke sana tidak hanya pada warga Oya sahaja. Para pengunjung juga terdiri dari penduduk dari daerah yang lain seperti Igan, Matu, Daro, Dalat dan Mukah. Hal ini kerana semata-mata ingin membeli ikan dan sayur-sayuran segar. Para nelayan kebiasaannya akan berlabuh seawal 6 pagi bagi bersiap sedia untuk menjual hasil tangkapan mereka. Namun demikian, terdapat juga makanan-makanan yang dibuat sendiri oleh warga di situ..Antaranya ialah keropok ikan, kuih-kuih kampung, ikan-ikan kering yang dijemur dan ubat-ubatan tradisional. Malahan, terdapat juga penjual-penjual baju yang menjual baju dengan harga yang murah. Sebagai penghilang rasa dahaga, terdapat gerai-gerai yang menjual air dan kuih-muih sebagai juadah untuk dimakan ketika berkunjung ataupun ingin dibawa pulang untuk dijamah bersama keluarga.
Gambar ini merupakan golongan yang sentiasa bersiap sedia berkhidmat untuk mentadbir pengurusan perihal mengenai Pekan Sabtu Oya ini. Perkhidmatan mereka cukup sekadar dengan ucapan terimakasih daripada warga di situ sudah memadai. Mengapa saya katakan sebgaai perkhidmatan dan bukan pekerjaan?? Hal ini kerana, para jawatankuasa ini menghulurkan khidmat bakti mereka secara ikhlas tanpa bayaran gaji. Wawasan mereka ialah untuk memajukan tanah air sendiri, memberi peluang warga tempatan mencari rezeki, mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk dan antara lainnya ialah untuk mengisi masa kosong anak-anak muda membantu ibubapa untuk berjual beli. Namun, hasil kudrat mereka ada yang membalas dengan terima kasih dan tidak kurang juga yang membalas dengan kritikan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan semata-mata untuk memeriahkan suasana desa di kawasan tersebut. Ini merupakan gambar ketika Pesta Mini Nelayan dijalankan.

Bot - bot nelayan bersiap sedia untuk memulakan acara.
Para pengunjung yang menyaksikan majlis lumba perahu berlangsung. Ada juga yang bersiap sedia dengan joran untuk menyertai pertandingan memancing.